Thursday, December 27, 2012

Disember pergi tiga hari lagi.



Tiga hari lagi.
Disember pergi.

Usai November, Sayonara.
Cahaya Disember buat tersenyum lebar!

Bukan meraikan kepergian.

Tapi,
Sekadar mengalu-alukan yang datang.

Acuan-acuan rasa mula membentuk.
Segenap segi, bucu, gembira bukan kepalang!

Sesuatu yang baru datang.
Penyambung generasi, merubah status diri.

Satu lagi.
SESUATU yang bakal terlahir.
EXCITED tahap tak sempat pikir!

Sasaran mengena!
2012 harapnya berakhir bagai JUARA!

Alhamdulillah.. :)

*2013, please be nice to me*

-HH-

Friday, November 30, 2012

Sayonara.


Bila tirai November melabuh.

Di situ. Aku belajar.
Pertemuan, pasti ada perpisahan.

Di situ. Aku faham.
Kasih sayang, ruangnya dalam.

Di situ. Aku akur.
Melepaskan, namun terus terkenangkan.

Di situ. Aku tahu.
Besarnya nilai air mata.

Di situ. Aku letakkan harapan.
Moga akan terus ada PERTEMUAN!

Selamat berjuang di medan yang lain. Percaya, benih yang baik, 
campak ke laut mampu menjadi pulau!

Doa mengiringi jalanmu.

-HH-

Tuesday, November 27, 2012

Mari berdansa.


Kadang2 terfikir AKU.
Apa LANGKAH ini perlu.

Kadang2 terfikir AKU.
Apa SEMUA ini mendorong ke arah ITU?

AKU sedar bukan ITU ku mahu.
Tapi, ada satu RASA, yang AKU sendiri keliru APA!

Moga LANGKAH DANSA ku tak sumbang.

Amin.

-HH-