Showing posts with label MIIM. Show all posts
Showing posts with label MIIM. Show all posts

Friday, June 29, 2012

Forgotten.


Jujurnya, AKU masih TERNANTI.
Kata-kata ITU, yang selalu AKU kalah untuk tidak SENYUM!

Paling magic, ia selalu saja CIPTA 'sengeh' - tetiba!

Entah,
Lupa kah?

Kadang OTAK EMO sibuk MENGHASUT,
AKU buat salah kah?

KENAPA EH?

Sedih, gundah, sampai terkeluar MADAH!

Ok, ini SERIUS.
SEDIH.

Sebab, KATA-KATA itu yang banyak bikin AKU kuat!
Ada rangsangan lain dari AKU pernah ada, terima.
Kerana dia, insan yang mana mungkin AKU lupa!

Tragis, bila tiba masa, yang AKU yakin akan ADA,
Tapi, bukan secebis KATA, satu huruf pun TAKDA!

Selang hari mendatang, AKU LIHAT, ada.
Tapi DUKACITA, sebab bukan buat AKU daaaa...

Orang lain, seangkatan AKU,
di MEDAN, dan ruang sama yang AKU juga sudah sediakannya.

Tapi TEMPAT AKU masih kosong, 
LANGSUNG, tiada walau di RUANG LAIN.

Lalu, pantas saja EMOSI berkata,
'AKU SUDAH DILUPA'

-HH-



Wednesday, June 13, 2012

Langkah ITU, masih..


Kita pernah punyai BENANG-BENANG impian untuk SIMPULKAN menjadi satu HALUAN.
AKU maju sejengkal, tapi MENDEPA menanti SAHABAT ini di BELAKANG.

Hakikatnya, SAHABAT ini sudah menjangkau berderap-derap LANGKAH kaki kehadapan.
Tanpa dia sedar, dia ada KEKUATAN.

Kami BERIRINGAN, tapi bukan SEJALAN.
Hanya satu HALUAN, dan satu MEDAN.

dan..langkah ITU,
 MASIH.

*pause*

Terima Kasih SAHABAT. 

-HH-

Saturday, June 9, 2012

Kerana mahu KONVO.


Hampir saja AKU lupa. 
Tamatnya DIPLOMA ku EMPAT TAHUN SUDAH,
belum ada majlis yang meraikannya.

Semalam, AKU terima perkhabaran Gembira ini.
GEMBIRA?

Oh, seandainya benar rasa ITU.

HAKIKATNYA,
ia sekadar usaha, adik-adik JUNIOR.

Mereka-mereka ini sudah sukses di daerah masing-masing
mimpi-mimpi kecil sudah pun diulit kemenangan,
Jadi,perlu APA ini Semua?

Aku faham ITU,

KEPINGIN.
Setidak-tidaknya mahu BUKTI mereka sudah selesai lalui SEMUA.
Mahu POTRETkan untuk tatapan anak cucu akan datang.

YANG PASTI,
Perkhabaran itu benar-benar MENGUSIK hati.
sampai kini, AKU masih belum putuskan.
mahu sama-sama, atau PANDANG dikejauhan saja..

Sudahnya, menung AKU menjauh..

-HH-