Friday, November 30, 2012

Sayonara.


Bila tirai November melabuh.

Di situ. Aku belajar.
Pertemuan, pasti ada perpisahan.

Di situ. Aku faham.
Kasih sayang, ruangnya dalam.

Di situ. Aku akur.
Melepaskan, namun terus terkenangkan.

Di situ. Aku tahu.
Besarnya nilai air mata.

Di situ. Aku letakkan harapan.
Moga akan terus ada PERTEMUAN!

Selamat berjuang di medan yang lain. Percaya, benih yang baik, 
campak ke laut mampu menjadi pulau!

Doa mengiringi jalanmu.

-HH-

Tuesday, November 27, 2012

Mari berdansa.


Kadang2 terfikir AKU.
Apa LANGKAH ini perlu.

Kadang2 terfikir AKU.
Apa SEMUA ini mendorong ke arah ITU?

AKU sedar bukan ITU ku mahu.
Tapi, ada satu RASA, yang AKU sendiri keliru APA!

Moga LANGKAH DANSA ku tak sumbang.

Amin.

-HH-

Sunday, November 25, 2012

Kelam.



Di satu Daerah.
Timbul satu rasa.

Perisanya bagaikan tiada.
tawar.

Perkhabaran yang ntah.
Boleh jadi bagai manarik roh dari satu jasad!

Terfikir AKU.
Apakah masih punya ruang.

Kerna,
AKU lihat Daerah itu kian KELAM.

Sudahnya,
Meraba lagi AKU ditemani kegelapan siang, malam.

-HH-

Sunday, November 18, 2012

Kawan tak berguna.



Sukar.
Sebab bila AKU dapat rasakan,
Sesuatu yang tak kena,
AKU sebolehnya mahu tahu kenapa.

Sebab.
Semuanya tiba-tiba.
Tanpa sebarang tanda yang AKU mampu teka.

Tapi.
AKU rasa, seperti tidak diperlukan.
Kerana tak ada barang secebis perkongsian.

Sudahnya.
AKU rasa macam tak ada fungsi jadi KAWAN.

Ntah.

-HH-