Friday, June 29, 2012

Forgotten.


Jujurnya, AKU masih TERNANTI.
Kata-kata ITU, yang selalu AKU kalah untuk tidak SENYUM!

Paling magic, ia selalu saja CIPTA 'sengeh' - tetiba!

Entah,
Lupa kah?

Kadang OTAK EMO sibuk MENGHASUT,
AKU buat salah kah?

KENAPA EH?

Sedih, gundah, sampai terkeluar MADAH!

Ok, ini SERIUS.
SEDIH.

Sebab, KATA-KATA itu yang banyak bikin AKU kuat!
Ada rangsangan lain dari AKU pernah ada, terima.
Kerana dia, insan yang mana mungkin AKU lupa!

Tragis, bila tiba masa, yang AKU yakin akan ADA,
Tapi, bukan secebis KATA, satu huruf pun TAKDA!

Selang hari mendatang, AKU LIHAT, ada.
Tapi DUKACITA, sebab bukan buat AKU daaaa...

Orang lain, seangkatan AKU,
di MEDAN, dan ruang sama yang AKU juga sudah sediakannya.

Tapi TEMPAT AKU masih kosong, 
LANGSUNG, tiada walau di RUANG LAIN.

Lalu, pantas saja EMOSI berkata,
'AKU SUDAH DILUPA'

-HH-



Thursday, June 28, 2012

Tentang 24 Jun, 24 Tahun yang sudah.



(24 Jun 1988)


Dan, 24 tahun berlalu, 24 tahun sudah AKU berdiri di BumiMU
Empat hari sudah berlalu, HARI AKU.

Di mana MATA terbuka, NAFAS bergabung UDARA DUNIA!

Cerita MAMA,
Sakitnya tak lama, tapi AKU percaya, PERITnya ADA!
Kata MAMA,
Senang LAHIRku, tapi AKU percaya, SUKARNYA hanya ALLAH yang tahu!

TERIMA KASIH MAMA! Abah juga! ;)


ALLAH, rahmatilah AKU, kehidupanku,
Keluargaku, Ibu bapaku, seluruh umat sekalian ALAM, Amin.


-HH-



Friday, June 22, 2012

dari AKU, untuk AKU.


Cop! bukan belagak dengan VINCCI tu.
Tak ada makna.
Sebab paling penting nak cerita tentang MASA!

Yes, AKU pemilik jam hodoh seperti di atas.
untuk REKOD, inilah satu-satu jam yang paling lama MELEKAT!

Lepas berpuluh2 jam yang dibeli/pakai sebelum ini hanya HIDUP selang DUA HARI!
sebab APA? hahaha sebab AKU beli jenama 'INCCI'.

Bukan! Bukan cerita Brand!
AKU bukan manusia gila JENAMA.

Cuma yang seronok nak cerita,
Jam hodoh di atas la dah BERJAYA buat 'tatu' di tangan! 

dan buat pertama kalinya, AKU melekat pakai JAM TANGAN.
Menakjubkan! haha!

Tapi sekarang, hayatnya HILANG.
Fungsi sekadar PERHIASAN.
yang sebenarnya nak tutup CELA di TANGAN!

OK, i need to buy a new one!

Yes! Birthday Present, dari AKU, untuk AKU!

-HH-


Wednesday, June 13, 2012

Langkah ITU, masih..


Kita pernah punyai BENANG-BENANG impian untuk SIMPULKAN menjadi satu HALUAN.
AKU maju sejengkal, tapi MENDEPA menanti SAHABAT ini di BELAKANG.

Hakikatnya, SAHABAT ini sudah menjangkau berderap-derap LANGKAH kaki kehadapan.
Tanpa dia sedar, dia ada KEKUATAN.

Kami BERIRINGAN, tapi bukan SEJALAN.
Hanya satu HALUAN, dan satu MEDAN.

dan..langkah ITU,
 MASIH.

*pause*

Terima Kasih SAHABAT. 

-HH-

Monday, June 11, 2012

Takdir seorang 'TIN'.



Kita-MANUSIA macam TIN.

Ada nasibnya di acuan UNIK, bisa buat siapa pun tertarik.

Ada HIASANNYA paling cantik! hakikatnya, persis saja sama yang LAIN.

Tak kurang pula nasib yang sekadar di JALANAN. 
Disepak, dilempar, BERGELIMPANGAN.

Ada yang asalnya punya ramai TEMAN.
Berhimpun sebelum TERASING ke DAERAH masing-masing. 

Wujud lahirnya sempurna, MUDA bergaya.
Usai kosong dalam meniti masa, penuh cacat cela - kemek!


Ada dihargai, sentiasa diguna walau isinya sudah habis masa - Expired.


Paling bertuah, dari JALANAN, diambil, dibelai mesra.
Dihias cantik, DIGUNA semula.

Jadi, pilih yang mana?

-HH-





Sunday, June 10, 2012

Cerita TABU vs seorang 'CIKGU' AKU.


.ok, serius tak ada keje, ini Entry kedua untuk hari ni ye.

Malam tadi, 
SEKETUL lagi FIXI, selamat AKU hadam.

Rupanya TABU, buku kedua si Shaz Johar ni.
AKU, macam biasa, apa saja pun, RANDOM je.
Kurang kesah karya ke berapa.

TABU,
Jujur, cerita macam ni, adik AKU tak sesuai baca.
Simple je, cuma sedikit terbuka.

AKU, ok.
Satu lagi garapan kisah, yang AKU percaya, wujudnya ADA.

Tentang kehidupan, minah-minah yang berDOUBLE2 kilogramnya.
Cerita CINTA, bukan dengan ORANG KITA - Awang Hitam. Yes, Negro.
Terselit babak, dan watak , persis rutin biasa kita-kita, cuma SISI sedikit BEZA.

Tak ada luar jangka.
Tapi SERONOK baca sampai habis cerita.
lagi aku MENGEJA- baca, lagi nak tahu tamatnya jadi APA.

Cuma, satu perkara AKU terkenang.
Ceritera CINTA dengan si Awang Hitam, persis mozek pengalaman AKU masa lampau.

COP!!
Bukan AKU yang jadi mangsanya.
Tapi seorang bernama 'CIKGU', yang bukan GURU.

*pause*

Dia MANUSIA yang AKU pernah hormat, sayang.
Dia satu-satu MANUSIA dalam pergaulan AKU yang punya cerita persis TABU.

*senyum*

Cerita MANUSIA ini pada AKU dulu, jangan terus jatuh HUKUM tak tentu.
Bukan semua mamat NEGRO macam dalam berita paper tu!

OK.
Malas cerita panjang, sebab kesimpulannya tak jauh MENYIMPANG.
TABU masih TABU, si 'CIKGU', sumpah AKU tak tahu.

*pause*

Dia memilih untuk jauh dari AKU. Tanpa sebab sekukuh konkrit KLCC . 
Cuma, yang AKU tahu, dia tak suka bila AKU dah tahu SEMUA ITU.okbai!

-HH-


Saturday, June 9, 2012

Kerana mahu KONVO.


Hampir saja AKU lupa. 
Tamatnya DIPLOMA ku EMPAT TAHUN SUDAH,
belum ada majlis yang meraikannya.

Semalam, AKU terima perkhabaran Gembira ini.
GEMBIRA?

Oh, seandainya benar rasa ITU.

HAKIKATNYA,
ia sekadar usaha, adik-adik JUNIOR.

Mereka-mereka ini sudah sukses di daerah masing-masing
mimpi-mimpi kecil sudah pun diulit kemenangan,
Jadi,perlu APA ini Semua?

Aku faham ITU,

KEPINGIN.
Setidak-tidaknya mahu BUKTI mereka sudah selesai lalui SEMUA.
Mahu POTRETkan untuk tatapan anak cucu akan datang.

YANG PASTI,
Perkhabaran itu benar-benar MENGUSIK hati.
sampai kini, AKU masih belum putuskan.
mahu sama-sama, atau PANDANG dikejauhan saja..

Sudahnya, menung AKU menjauh..

-HH-


Friday, June 8, 2012

Ngeri.



NGERI, sumpah ngeri!

Menu ini selesai AKU hadamkan, semalam.
Biasa, AKU masih bekerja keras untuk kembali berselera.

Awal cerita, AKU tak mampu TUMPU.
Pengolahan, bilangan watak, sedikit keliru.

Ah, mungkin AKU yang tak tentu.
Walhal, bahasanya paling mudah, sumpah tak TIPU!

Oleh sebab seorang AKU tergolong PSIKO,
tengah cerita ada benda dapat AKU duga.

Bahannya,acuannya,perisanya, SUPERB!
kalau benda memang MAKANAN, 
AKU jamin, semua layan sampai jilat PINGGAN!

ENDING, sikit tak jangka!

Try please.
AKU jamin, ini menu boleh KENYANG punya!

-HH-

Cinta.


Seorang AKU, cinta manusia bernama AKU.

-HH-

Tuesday, June 5, 2012

Pencinta SAHABAT.


Seorang AKU adalah pencinta SAHABAT.
Adakala, rasa CINTA pada SAHABAT jadi terulung.

Dulu, zaman MATANG masih jauh,
seorang AKU terlalu tinggikan DARJAT seorang sahabat yang SEMPURNA.

Seringkali KECEWA.
Hanya kerana LETIH menghadap kerenah MEREKA.

Walaupun sedar, SEMPURNA hanya milik TUHAN.
seorang AKU cuba untuk jadi sempurna untuk sahabatnya.
mahu tidak mahu, seorang SAHABAT kepada seorang AKU perlu ada rasa sama.

DAN, kerana itu seorang AKU sering kecewa.

Kini, seorang AKU mendekat MATANG.
Sempurna bukan ukuran.

Tapi, seorang AKU masih cuba menjadi sempurna buat sahabatnya.
dan, akan terus mencuba,
sampai AJAL menjemput, rasa ADA melarut.

.AKU cinta SAHABAT.

Mudah.


Manusia bernama AKU, mudah. 
Manusia lain, boleh datang dan pergi ikut suka hati.

 AKU, 
jarang menjemput, apatah lagi MENGHALAU. 

Jenis AKU, 
kalau tak mahu, silakan BERLALU. Drpd buang masa tak tentu. Silakan, PERGI. 

Manusia bernama AKU tetap akan terus BERDIRI di sini, 
kalau-kalau ada yang putuskan untuk KEMBALI. 

-HH-


Monday, June 4, 2012

Tentang SAHABAT.


TUHAN aturkan antara KITA 1 pertemuan, ditetapkan 2 hati. 

Dalam 2 hati diberikan 3 rasa, iaitu SAYANG, KASIH & KASIHAN.

Dalam 3 rasa itu diselitkn 4 tujuan - BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA.

Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan - TEMAN BAIK SELALU DI SISI.

Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian - SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI.. .

Dan, 
Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu S.A.H.A.B.A.T

Gila yang tak berapa nak gila.


Mood.
Bukan mudah nak gapai. Sekali tercapai, menyembur isi otak - bersepai.

Sementara ada WAKTU, ada RASA.
Coretan akan terus diLUKIS atas papan nan sekeping ini.

BANYAK.
Sampai tak terluah, tak terkata. Nak LUKIS, tapi perlu masa.
Semuanya tentang RASA. 

TAK TAHU.
Hayat papan sekeping ni berapa LAMA. 
Kerana MANUSIA bernama AKU bukan mudah untuk diTEKA.

SUNGGUH!
AKU sendiri sukar nak JANGKA.
jadinya,
sementara ADA, LAYANkan aja! 

;)

Sunday, June 3, 2012

Menu JUN.


Makanan MANUSIA ini di Bulan JUN.
Satu hal, AKU sudah kurang selera MAKAN tempoh kebelakangan.

Entah.
Walhal, MAKANAN yang satu ini, laksana pelengkap hidangan.

Tapi.
Bukan erti AKU pantang, tak mampu kunyah, lagi hadam.

Masa.
Ya, itu mengekang. Atau AKU yang tak pandai BILANG?

Harap.
Moga SELERA ku terus menghimpit. Kerana AKU mahu kumpulakan semuanya.
Lemak, protein, karbohidrat, segala macam.
biar semuanya HADAM.

Buat kudapan minda, mengisi segar WAKTU hidup di DUNIA.


Saturday, June 2, 2012

Bukan Nokhtah.


Dan..tiga hari berlalu menghitung detik dua tahun sudah, AKU di SINI.

Lahir punya akal, tapi bukan pengalaman.
Derap langkah anggota milik Tuhan, lalu ku susun.

Goyah, payah, susah.
Tapi AKU terus tahan BERDIRI.

Kadangnya KAKU, gigil itu selalu.
Malu, gundah, resah.
Semua digaul, hasilnya? ah, apa pentingnya?
Kerna, bagaimanapun AKU, di mana pun AKU, siapa pun AKU, tiada yang KESAH.

Lebih utama, sebijak mana MANUSIA bernama AKU aturkan.
Susun mendiri. 

Dan, di SITU makhluk TUHAN bernama AKU sekolah untuk tidak terus KAKU.
Tahun ke dua, bukan makna boleh LEKA.

SEDAR DIRI. Tempoh itu tidak cukup untuk AKU megah BERDIRI.
Sudahnya, lari-lari anak juga masih ada jalanan yang terCIUM.

TUHAN masih beri, PELUANG.
Untuk MANUSIA bernama AKU, belajar TERBANG.
Bukan langgar fitrah MANUSIA, tapi belajar HIDUP guna ANGGOTA yang diKURNIA.

Tahu, INI bukan NOKHTAH.
JAUH sekali mahu berPATAH.

TERUSKAN!