Monday, December 5, 2011

Jiwa mengungkap rasa


Sekian lama, entah dari mana datangnya rasa
Sesuatu mahu diungkap, tapi tanpa kata
Jiwa meronta, tapi tak pasti kenapa
Keliru berfikir, membisu jalan terakhir
Bilanya nada irama bait-bait kata terluah akhirnya?

Monday, February 28, 2011

Makan sikit-sikit

Salam semua.

Apa perkara tentang makan yang pelik anda pernah jumpa? gelojoh? tak kunyah, terus telan? atau yang jenis makan tak habis?

Semua tu kita biasa dengar. Tapi ada sesuatu yang penulis ingin kongsi dengan anda tentang tabiat makan seseorang ini.

"Saje, demi perancangan masa depan,". Itu jawapan ringkas yang penulis terima daripada seseorang ini apabila ditanya tentang sikap peliknya ketika makan.

Bayangkan, dia makan nugget McDonald dengan menggigitkannya sedikit, kemudian diletakkan ditepi.

Ok. Penulis kira dia memang sengaja berbuat begitu kerana mahu menyambung apa yang sedang dikerjakan dengan notebook dihadapannya.

Untuk beberapa ketika, dia mengambil nugget yang baru didalam kotak. Penuis berkalih ke tempat nugget yang telah dimakan sedikit tadi diletakkan. - masih ada.

Motif?

Saturday, February 5, 2011

Apabila persepsi dan perasaan menguasai diri

Salam semua.

Masih dalm mood cuti walaupun sebenarnya tiada istilah cuti buat penulis. Bila waktu cuti, ibu kota akan terasa sepi daripada deretan kereta di jalan-jalan utama.

Rindu bukan? tapi itu la senario yang berlaku setiap kali musim cuti. Dan satu lagi fenomena yang tak pernah habis, isu kebanjiran warga asing tatkala cuti menjelma.

Kelompok ini menjadi 'igauan ngeri' warga kota walaupun hakikatnya mereka juga punya hak untuk beriadah

Takut? terasa tidak selamat? dan paling ketara, terasi diri di negara asing! itu antara ungkapan yang diperkatakan oleh warga kota yang masih memilih menghabiskan cuti di ibu negara sahaja.

Memang, jika dilihat, kelompok warga asing ini akan memonopoli setiap genap dan inci ruang yang ada di ibu kota.

Dengan jumlahnya yang 'belambak' serta secara berkumpulan, ia membuatkan kita sering berpandangan yang diri kita tidak selamat apabila berada di kelompok tersebut.

hakikatnya, berapa peratus daripada mereka yang benar-benar 'buat hal' apabila tiba 'musim' ini?

Tidak terfikirkah kita bahawa mereka juga  punya hak untuk bersosial dan beriadah setelah berhempas pulas bekerja membancuh simen, mengangkut batu bata, besi, berpanas terik di bawah mentari dan sebagainya.

Kebanyakan mereka ini banyak menyumbang dalam tenaga kerja dalam negara. Siapa berani angkat tangan untuk bekerja sebagai kotraktor binaan?

Jika setakat pandai melukis pelan, melawat tapak projek yang sedia siap fasa demi fasa, apakah hak kita untuk pertikaikan hak mereka?

tidak dinafikan, apa yang dikhuatiri warga kota ada benarnya, tetapi, adakah adil untuk kita menghukum mereka secara keseluruhannya dengan persepsi serta emosi kita?

Thursday, February 3, 2011

Antara persepsi, & luahan hati

Salam semuanya.

"Tulis mengikut kata orang dan pandangan sendiri tu tak semestinya seperti apa yang digambarkan,"

"Kalau kami di paksa dan diugut, tentu kami akan laporkan kepada pihak berkuasa atau sekurang-kurangnya meminta tolong kepada orang yang kami datangi. Malaysia bukannya masih di zaman Jepun, negara kita ada undang2,"

Itu antara kata-kata seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, yang penulis masih ingat ketika didatangi di sebuah restoran.

Kebetulan sebelum itu penulis ada terbaca tentang kisah 'Pelajar Tahfiz' yang dikatakan dipergunakan oleh pihak sekolah yang mereka menuntut di sebuah majalah yang memang terkenal.

Keluaran terbaru itu ada memaparkan tentang kisah pelajar tahfiz yang menjalankan perniagaan yang didakwa sebagai sindiket.

Dalam artikel tersebut mempersoalkan tentang nasib mereka yang kononnya di paksa oleh pihak-pihak tertentu untuk berbuat demikian.

Yang pasti, kedatangan remaja berkenaan ibarat pucuk dicita, ulam mendatang. Penulis pun mengambil kesempatan itu untuk bertanya lebih lanjut kepada remaja tersebut.

Apa yang membuatkan penulis 'kagum' adalah kebijaksanaan remaja tersebut dalam menjawab persoalan yang penulis lontarkan.
Jawapannya yang memang masuk akal jika difikirkan, tetapi seolah2 telah tersedia daripada awal! (ada org bocorkan soalan penuliskah? haha.)

Mungkin disebabkan persepsi masyarakat dan juga isu yag dimainkan oleh media memberi hambatan hebat kepada mereka membuatkan golongan ini sentiasa bersedia dalam menjawab segala persoalan dan kemusykilan yang dilemparkan.

"Kalau dia anak yatim, masuk sekolah tahfiz percuma, jika tidak buat begini (kumpul dana) siapa yang akan tanggung dia? ," ujar remaja berkenaan.

Remaja berkenaan dalam pada masa yang sama turut menyatakan rasa kesal dengan cerita yang terkandung dalam artikel majalah tersebut.
"Mereka tanya pada budak umur 12 tahun yang tidak tahu apa-apa, kalau dengan saya, tahu lah apa yang saya perlu jawab,"katanya bersungguh.

Sepanjang lebih kurang 10 minit perbualan, terdapat juga jawapan daripada persoalan penulis yang menimbulkan kecurigaan terhadap remaja itu.

namun, memikirkan ayat para pertama di atas, penulis hanya mampu berharap dan berdoa setiap persepsi yang dilemparkan hanya sekadar pandangan dunia luar, tetapi mereka2 ini (pelajar tahfiz) dengan senang dan rela hati terus melakukan apa yang sedang mereka jalankan sekarang tanpa rasa dipergunakan walau sebesar zarah sekalipun.

Penulis berpendapat, mungkin ramai dalam kalangan mereka merupakan anak yatim dan kehidupan di sekolah tahfiz yang mereka menuntut itu sudah ibarat keluarga.

Dalam usaha menyampaikan pendidikan yang sempurna, semangat kerjasama dan saling membantu demi kebaikan bersama turut diterapkan menjadikan 'isu' itu bukan 'isu' buat mereka.

"Ambil ini sebagai sedekah daripada (penulis), minyak angin yang dijual itu (penulis) tidak mahu. cuma boleh tak kalau (penulis) mahu sekeping resit?," penulis berkata.

"Boleh, terima kasih, dan saya minta maaf sekiranya saya terkasar bahasa, saya doakan (penulis) dimurahkan rezeki, saya minta diri dulu, Assalamualaikum,"akhiri remaja itu dengan sangat lancar dan tersusun!

Resit pun diberikan kepada penulis sebelum dia terus berlalu.


Wednesday, February 2, 2011

Suka suki sekadar berkongsi!

Salam.

Nah! satu lagi ruang tercipta. bukan sekadar luahan rasa, tapi ilham tercipta tentang apa juga dikongsi bersama.

Moga ada kekuatan untuk meneruskan sisa HAYAT blog yang tak ketahuan.