Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan.


Lima hari sudah.
bukan tak berkesempatan, tapi AKU sengaja tangguhkan.

Tak penting.
tak Update sini pun,  Ramadhan dah pun masuk hari ke-lima.

:)

AKU, seperti biasa.
Masih meneruskan sisa hidup yang ntah sampai bila.
Mati itu PASTI!

Moga AKU, tak CULAS lagi. 
Moga Ramdhan ini dipermudahkan segala urusan seluruh umat.

-HH-

Thursday, July 12, 2012

Sisa hidup.



Seandainya garis-garis tua ditubuh mampu melabuh,
mahu sahaja dilemparkan sekali segala kudrat yang sedikit cuma.

Garisan itu bikin 'aku' mudah diherdik DUNIA!

mereka berdengusan, amarah menyelubungi.
bencikan 'aku' kerana kotor.

kata mereka, makanan diberi 'aku' lempar,
wujud 'aku' bukan selayak hiasan.
rupa buruk ini hanya jadi sisa buangan!

seandainya 'aku' masih bisa memikir,
rasa di atas bisa saja aku lontarkan.

Tapi,
Malang.

'aku' hanya si tua nyanyuk tak cukup uban!

DUNIA,
izinkan 'aku' tamatkan sisa ini dalam LENA.

-HH-

Sunday, July 8, 2012

Sayap-sayap kecil.


Butiran pasir halus sekali sekala dicelahi rumput.
Kau sentuh, ramas, yang sebelumnya sudah bertapak-tapak sisa sepatu memijak.

Panas kadangnya memendung, terik, mendung dan terik lagi.
Sedikit tidak kau hirau.

Dengan hati lapang, berderap-derap langkah kau mengelilingi laman.
Sekali sekala tawa kau bersama mereka-mereka memecah hening petang terik.

Lalu butiran pasir, dedaun gugur kau bawa ke medan tempur.
tanpa sedikit terpalit atom jijik.
Kau jinjit segala macam asal saja mampu jadi mainan petang.

Sayap-sayap kecil kau bersama mereka yang lain terus dibuai dunia KAMU!
Sedarilah, ia sekadar mozek halus yang akan mengisi duniamu.

Masih banyak pecahan mozek yang perlu kau kumpulkan bersama mereka.
lalu pelbagi bentuk, corak dan juga warna akan kau jumpa.

Saat itu, kau harus bijak susunkan, agar tidak dihiasi sumbing kaca.
jangan pernah terpedaya dek persona mozek indah bertatah permata.

Kerna butiran pasir yang pernah kau mainkan dulu juga masih ada NILAInya!

-HH-







Friday, July 6, 2012

Cop stick RENDANG AYAM.



Usai MAMA sudahkan menu tengah hari ITU,
AKU, membawa perut yang berkeroncong dari pagi dek ghaibnya sarapan - tidak membeli.

Lalu, hidangan lauk Raya - Ayam rendang, 
AKU 'taruk atas', menatang si putih jatuh tak pecah -pinggan plastik, 
bawa ke ruangan tamu, diletak atas meja menjamu.

*Satu sudut lain,

Hujung minggu, ABAH bermalas-malasan, 
lantai tamu jadi pembaringan.

Ceritera TV di tonton kini menjadi penonton ABAH - Lena sudah!

AKU, masih menikmati RENDANG AYAM yang maha nikmat hasil air tangan MAMA yang superp!

Tiap suapan, detik hati bermonolog.
Sedap, hilang lapaq.

Satu perkara, dek kelaparan teramat, hidangan pekat berasap- PANAS.
Lalu ku ganti tangan kurniaan Tuhan- guna sudu&garfu. 

Kemudian, makan AKU, berteleku di meja menjamu ditemani tiga bangku sunyi.

*Satu sudut lain,

ABAH berpisat-pisat bangun tatkala suara MAMA berkumandang,
 mendendang lagu mempelawa makan.

AKU, masih khusyuk menikmati isi pinggan,
 sambil perasan makan di kedai - PAKAI SUDU, ko hado?

ABAH bangun, lalu belakang kerusi diduduk AKU
menuju ke medan tempur mama tadi - DAPUR MASAK.

*Abah mahu makan, taruk atas seperti ku - monolog*

Tidak cecah seminit, 
kekhusukkan AKU menikmati nasi panas + Rendang ayam,
 dikejutkan huluran tangan dari dapur.

Lantas, pantas AKU pandang meja jamu,bahagian kanan si putih.

Kaku dua besi panjang, silver dan hitam. - cop stick (sebelah), 
hitamnya fungsi untuk langsir!

*SENTAP Wehhhh ~!!!!

Sunday, July 1, 2012

Rugi RM16.


Kisah satu MOMENT, seorang AKU di KL Sentral.

Belagak, lepak Starbucks KATANYA!
Cop! Bukan nak BANGGA, niat nak KONGSI cerita saja!

Beginilah AKU setiap kali jalan SORANG.
Apa yang terlintas, ITU terus AKU decide!
Lalu, duduk AKU, hadap KERJA yang PERLU.
Ntah apa MERASUK, slumber beli MENU baru tak pernah RASA.

Ok,tak sedap! RUGI 16 Hengget.
Ini semua gara-gara MENCOBA.
Hamikk!

Sekali sedut, OK.
AKU sedut lagi, Hurm.
..Dan, sekali lagi, BLUWEKKS!

Cuba lagi, OH! Damn, serius Cannot gi!
Rasanya PERSIS produk sihat AKU pernah telan.
Rempah ratus, akar kayu apa tak ketahuan.

Daripada AKU malu TERMUNTAH depan-depan,
Baiklah AKU tinggalkan. Pfffttt!

*Hojicha T Jely-G, bukan selera AKU*

Pembaziran berlaku di situ ye. okbai!

-HH-