Showing posts with label kawan VS sahabat. Show all posts
Showing posts with label kawan VS sahabat. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Kawan tak berguna.



Sukar.
Sebab bila AKU dapat rasakan,
Sesuatu yang tak kena,
AKU sebolehnya mahu tahu kenapa.

Sebab.
Semuanya tiba-tiba.
Tanpa sebarang tanda yang AKU mampu teka.

Tapi.
AKU rasa, seperti tidak diperlukan.
Kerana tak ada barang secebis perkongsian.

Sudahnya.
AKU rasa macam tak ada fungsi jadi KAWAN.

Ntah.

-HH-

Friday, October 19, 2012

Suluhkan jalan.


Tuhan,
Jangan biarkan dia leka.

Tuhan, 
Pimpin aku juga.

Tuhan,
Aku takut dia hilang semua rasa.

Tuhan,
Suluhkan hatinya, hatiku ke jalan yang Engkau Redha!

Kerna meskipun perjalanan kami beza,
ini tetap Dunia!

-HH-

Saturday, September 1, 2012

Tak mahu hanya bertemu JASAD.


KAWAN,
Tolong AKU, tolong jangan PERGI,
PERGI ke SANA.

TEMPATnya terlalu JAUH!

KAWAN,
AKU takut. Takut KEHILANGAN.

KAWAN,
Andai saja ENGKAU tahu,
Betapa AKU gundah, sedih tak payah ENDAH!

Saat ENGKAU MENDEKAT, 
Hati AKU berteriak,
ENGKAU harus KUAT!

KAWAN,
ENGKAU harus KUAT.
KUAT untuk tidak PERGI ke SANA!

BOHONG,
Kalau AKU kata, 
KITA takkan JUMPA bila ENGKAU sudah TIBA di SANA.

Cuma AKU bimbang,
AKU hanya bertemu JASAD.

Kerana kala ITU,
ENGKAU bukan lagi ENGKAU!

-HH-



Tuesday, August 28, 2012

Kita KAWAN, aku SAYANG!



Aku,
Jarang ada RASA macam ni.

Aku sayang, aku suka, aku cinta.

Tapi, KAMI kawan!

Aku,
Jarang ada RASA macam ni.

Dia sayang, dia suka, cinta? Ntah.

Tapi, MEREKA? Ntah!

NTAH! Banyak persoalan yang terjawab.

Aku boleh jawab.

Tapi aku tak rasa jawapan aku betul.

Atau, 
sekadar reaksi penyedap hati!

Hey, KAWAN!

Aku sayang ko tau tak? Sayang!

Aku cinta ko! Tapi bukan bermakna KITA perlu BERCINTA!

KITA Kawan!

So, please.

Aku tak sanggup KECEWA sebab ko.
Sebab apa? Sebab KITA kawan, KITA sahabat!

*i'm frust*

-HH-

Wednesday, June 13, 2012

Langkah ITU, masih..


Kita pernah punyai BENANG-BENANG impian untuk SIMPULKAN menjadi satu HALUAN.
AKU maju sejengkal, tapi MENDEPA menanti SAHABAT ini di BELAKANG.

Hakikatnya, SAHABAT ini sudah menjangkau berderap-derap LANGKAH kaki kehadapan.
Tanpa dia sedar, dia ada KEKUATAN.

Kami BERIRINGAN, tapi bukan SEJALAN.
Hanya satu HALUAN, dan satu MEDAN.

dan..langkah ITU,
 MASIH.

*pause*

Terima Kasih SAHABAT. 

-HH-

Tuesday, June 5, 2012

Pencinta SAHABAT.


Seorang AKU adalah pencinta SAHABAT.
Adakala, rasa CINTA pada SAHABAT jadi terulung.

Dulu, zaman MATANG masih jauh,
seorang AKU terlalu tinggikan DARJAT seorang sahabat yang SEMPURNA.

Seringkali KECEWA.
Hanya kerana LETIH menghadap kerenah MEREKA.

Walaupun sedar, SEMPURNA hanya milik TUHAN.
seorang AKU cuba untuk jadi sempurna untuk sahabatnya.
mahu tidak mahu, seorang SAHABAT kepada seorang AKU perlu ada rasa sama.

DAN, kerana itu seorang AKU sering kecewa.

Kini, seorang AKU mendekat MATANG.
Sempurna bukan ukuran.

Tapi, seorang AKU masih cuba menjadi sempurna buat sahabatnya.
dan, akan terus mencuba,
sampai AJAL menjemput, rasa ADA melarut.

.AKU cinta SAHABAT.

Monday, June 4, 2012

Tentang SAHABAT.


TUHAN aturkan antara KITA 1 pertemuan, ditetapkan 2 hati. 

Dalam 2 hati diberikan 3 rasa, iaitu SAYANG, KASIH & KASIHAN.

Dalam 3 rasa itu diselitkn 4 tujuan - BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA.

Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan - TEMAN BAIK SELALU DI SISI.

Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian - SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI.. .

Dan, 
Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu S.A.H.A.B.A.T