Dan..tiga hari berlalu menghitung detik dua tahun sudah, AKU di SINI.
Lahir punya akal, tapi bukan pengalaman.
Derap langkah anggota milik Tuhan, lalu ku susun.
Goyah, payah, susah.
Tapi AKU terus tahan BERDIRI.
Kadangnya KAKU, gigil itu selalu.
Malu, gundah, resah.
Semua digaul, hasilnya? ah, apa pentingnya?
Kerna, bagaimanapun AKU, di mana pun AKU, siapa pun AKU, tiada yang KESAH.
Lebih utama, sebijak mana MANUSIA bernama AKU aturkan.
Susun mendiri.
Dan, di SITU makhluk TUHAN bernama AKU sekolah untuk tidak terus KAKU.
Tahun ke dua, bukan makna boleh LEKA.
SEDAR DIRI. Tempoh itu tidak cukup untuk AKU megah BERDIRI.
Sudahnya, lari-lari anak juga masih ada jalanan yang terCIUM.
TUHAN masih beri, PELUANG.
Untuk MANUSIA bernama AKU, belajar TERBANG.
Bukan langgar fitrah MANUSIA, tapi belajar HIDUP guna ANGGOTA yang diKURNIA.
Tahu, INI bukan NOKHTAH.
JAUH sekali mahu berPATAH.
TERUSKAN!
No comments:
Post a Comment
kongsi RASA